Thursday, August 14, 2008

Memperkaya Kosa Kata Melalui Program Membaca Suratkhabar

Tajuk Kajian
Memperkaya Kosa Kata Melalui Program Membaca Suratkhabar

Nama-nama penyelidik
Mdm Chua Su Keow
Mdm Khor Sze Siang
Ms Hooi Siok Li
Mdm Rukmani
Mdm Suriya Ahmad
Mdm Rubi'ah Massuan

Nama Sekolah
Sekolah Menengah Ping Yi

Catatan Prakajian
Program Membaca di sekolah kami telah menghkhaskan setiap Khamis dan Jumaat pagi untuk pelajar-pelajar membaca bahan bacaan bahasa ibunda mereka. Oleh yang demikian, Jabatan Bahasa Ibunda telah memastikan yang setiap pelajar melanggani dan memiliki senashkah suratkhabar untuk dibaca. Tujuan utama adalah agar pelajar-pelajar dapat memperkayakan kosa kata sambil memupuk sikap lebih peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.

Melalui pemerhatian kami, pelajar-pelajar tidak berminat untuk menggunakan peluang yang diberikan ini secara maksimum. Ini jelas kelihatan daripada hasil kerja pelajar yang rata-rata menunjukkan yang mereka lemah dalam pembinaan ayat-ayat kompleks disebabkan kosa kata yang terhad. Masalah kosa kata yang terhad juga membuatkan pelajar-pelajar kurang berminat untuk memilih suratkhabar sebagai bahan bacaan yang digemari memandangkan mereka menghadapi kesukaran memahami isi-isi yang terkandung di dalam artikel-artikel yang dimuatkan dalam suratkhabar.


Keperihatinan Yang Dikaji
Fokus kajian ini menjurus kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar gagal menggunakan masa yang diberi daripada Program Membaca Suratkhabar untuk memperkayakan kosa kata mereka.

Masalah yang timbul adalah disebabkan oleh:
Pelajar tidak berminat membaca artikel yang berkaitan dengan isu-isu semasa.
Artikel yang terdapat di dalam suratkhabar tidak menarik minat mereka kerana kurang memuatkan ruangan santai seperti yang terdapat di dalam majalah-majalah hiburan.
Pelajar tidak mampu memahami artikel yang dibaca kerana penguasaan kosa kata mereka yang terhad.

Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, pelajar akan dapat memahami artikel-artikel yang dimuatkan di dalam suratkhabar dan membaiki kebolehan mereka untuk membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis. Hal ini akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Bahasa Melayu dan lisan.


Objektif Kajian Tindakan
Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar.
Membantu pelajar menguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan penguasaan kosa kata mereka.
Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang dalam pembinaan ayat dan karangan.


Kumpulan Sasaran
Menengah 3 Ekspres
· 45 pelajar Cina
· 19 pelajar Melayu
· 7 pelajar Tamil


Tindakan yang dirancang
Tiga tindakan utama dijalankan:
Melakukan kaji selidik sebelum dan sesudah aktiviti dijalankan (Appendix 1A & 1B) untuk mengumpul data mengenai sikap membaca di kalangan pelajar.
Menyediakan kertas pra dan pos ujian untuk memantau prestasi pelajar sebelum dan sesudah aktivit-aktiviti dijalankan.Menyediakan 5 lembaran kerja (aktiviti) yang mengandungi senarai kosa kata yang bakal dikuasai pelajar